Friday, September 4, 2009

ZIARAH KE RUMAH ALLAHYARHAMAH ASMAAN

bapa Asmaan
ibubapa Asmaan sedang bercerita

adik beradik arwah semasa kecil



Asmaan dalam kenangan



kumpulan Alumnai SAMTH 07 sedang bersembang dengan bapa arwah



JUN 09-MERU: pada tahun 2007, warga SAMTH dikejutkan dengan satu berita pilu dan tragis iaitu pemergian seorang sahabat bernama Asmaan. Allahyarhamah dikatakan menghidap penyakit kanser tulang dan seterusnya terus menderita dari tingkatan2 hinggalah tingkatan 5 sebagai konklusi hidupnya.


semasa hayatnya, Allahyarhamah dikatakan sebagai seorang yang amat lemah lembut dan sopan santun serta disayangi semua rakan.


konvoi alumnai SAMTH sesi SPM 07 ini bermula pada jam 5 petang dari dataran SAMTH. setibanya konvoi di rumah arwah, kami disambut oleh bapa Allahyarhamah yang melayan kami dengan penuh riang. kami turut dihidang dengan pelbagai juadah dan minuman.


harapan bapanya ialah agar, sahabat-sahabat Allahyarhamah dapat berterusan mengingati dan mendoakan Allahyarhamah serta sering menziarah keluarga Allahyarhamah demi silaturahim tidak terputus.


konvoi turut berkesempatan melihat tempat-tempat yang bersejarah buat keluarga Allahyarhamah dalam memperingati hidup Allahyarhamah. pelbagai foto dipetik dan pelbagai soalan dikeutarakan bagi mendalami dengan lebih dalam lagi sejarah hidup arwah.


Alfatihah buat Allahyarhamah.....

GRADUAN SAMTH ANJUR PROGRAM SUKARELAWAN ISLAM











gabungan fasilitator daripada segenap IPT

bersama anak-anak yatim



fasilitator lelaki



riadah


LDK


antara LDK yang menyeronokkan untuk anak-anak yang mulia ini



























MEI-KLANG: Kesejagatan warga SAMTH memang tidak dapat dinafikan lagi. terbaru, pada bulan mei yang lalu, lepasan SAMTH dari KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR, KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA dan PELAJAR TINGKATAN 6 menganjurkan kem ibadah di 2 tempat secara berturut-turut.

langkah awal sebagai permulaan ialah di Rumah Anak Yatim Sg Pinang,Klang. mereka turut dibantu oleh mahasiswa dari UKM dan KUIS. Hanif mewakili Persatuan Mahasiswa islam UKM turut hadir sebagai tenaga fasilitator.

sejurus selepas 2 hari berkampung di Rumah Anak Yatim berkenaan, graduan SAMTH ini kemudiannya bergerak ke Pantai Remis di Seaview Resort. kali ini, sasarannya pelbagai latarbelakang. kali ini juga, tenaga fasilitator datang dari pelbagai kampus. Graduan SAMTH kali ini dibantu oleh Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak(HUsaini bin Jasman), Hajar dari Kolej Negeri Seremban, Afifah dari Kolej Islam Antarabangsa dan ramai lagi mahasiswa Islam dari pelbagai IPT.

Dengan berjalannya program yang mulia ini, diharapkan agar nama baik SAMTH akan terus gemilang dibawah nama dan panji Islam.

SITI RAHMAH BERANGKAT KE BUMI MESIR!!!

ketika sambutan hari jadi dan meraikan keberangkatan beliau




SEPANG-4/9/09- SAMTH mencatatkan sejarah apabila seorang lagi lepasan STAM dari SAMTH berjaya mendapat tajaan ke bumi anbia' iaitu bumi Mesir. beliau yang lebih dikenali sebagai Siti Rahmah hari ini berangkat dengan menaiki pesawat Boeing 737 ke Mesir. beliau yang diiringi oleh keluarga, sanak saudara dan sahabat handai ke KLIA pagi ini ternyata gembira dan anggun dengan pakaian seorang bakal siswi di bumi anbia'.

Rahmah dahulunya merupakan seorang pengawas yang berkaliber dan berdedikasi sejak tingkatan 2 hinggalah tingkatan6. keprihatinan beliau terhadap masalah umat amat membanggakan warga SAMTH. Rahmah pernah terlibat dengan pelbagai aktiviti dakwah didalam dan luar sekolah.

untuk rekod, Rahmah merupakan pelajar tingkatan 4 Fatimah sesi 2006 dan 5 fatimah sesi 2007. diharapkan agar pihak warga SAMTH dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan beliau disana. amin...

wartawan: ISLAMBOLI