Friday, September 4, 2009

SITI RAHMAH BERANGKAT KE BUMI MESIR!!!

ketika sambutan hari jadi dan meraikan keberangkatan beliau




SEPANG-4/9/09- SAMTH mencatatkan sejarah apabila seorang lagi lepasan STAM dari SAMTH berjaya mendapat tajaan ke bumi anbia' iaitu bumi Mesir. beliau yang lebih dikenali sebagai Siti Rahmah hari ini berangkat dengan menaiki pesawat Boeing 737 ke Mesir. beliau yang diiringi oleh keluarga, sanak saudara dan sahabat handai ke KLIA pagi ini ternyata gembira dan anggun dengan pakaian seorang bakal siswi di bumi anbia'.

Rahmah dahulunya merupakan seorang pengawas yang berkaliber dan berdedikasi sejak tingkatan 2 hinggalah tingkatan6. keprihatinan beliau terhadap masalah umat amat membanggakan warga SAMTH. Rahmah pernah terlibat dengan pelbagai aktiviti dakwah didalam dan luar sekolah.

untuk rekod, Rahmah merupakan pelajar tingkatan 4 Fatimah sesi 2006 dan 5 fatimah sesi 2007. diharapkan agar pihak warga SAMTH dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan beliau disana. amin...

wartawan: ISLAMBOLI

No comments:

Post a Comment