alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi. selawat dan salam ke atas baginda SAW dan ahlulbayt.
baru sahaj 2 hari keputusan STPM dibebaskan dari sel Kementerian Pelajaran. fuhh..graduan STPM SAMTH alhamdulillah majoritinya keluar dengan keputusan yang terpuji.
Ahli alumnai batch kita Yusuf Suparman, Shafika Rojali dan Afif sakawi yang juga merupakan graduan STPM tahun ini telah mendapat keputusan yang amat membanggakan. amat cemerlang.
Syafika Rojali mendapat pointer 3.5 dan kini beliau sedang bekerja sementara menunggu panggilan ke IPTA. beliau kini bekerja sebagai kerani sementara di sebuah syarikat swasta di Pelabuhan Klang. beliau berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang sama ada undang-undang sekular mahupun syariah. namun, hanya Allah akan memakbulkan.
Afif sakawi pula mendapat pointer 2.3. beliau kini mengajar sebagai guru sekolah Agama rakyat di sekitar rumahnya. beliau berhasrat menyambung pelajaran dalam bidang berkaitan dengan jurusannya.
Yusuf pula mendapat 3.0 dan kini beliau tidak dapat dikenalpasti sama ada bekerja atau tidak memandangkan saya tidak berkesempatan berjumpa beliau mahupun berhubung secara teknologi.
harapan ALUMNAI ialah, kesemua warga SPM 07 yang telah berjaya menjadi graduan STPM kali ini diharapkan dapat terus berjuang bersama kami di IPT nanti. jangan lupa join PRO-M dan menentang hebat PRO-A. ameen..barakallah
Friday, February 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment